Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    2 maut, 3 cedera dalam enam rompakan 7-Eleven

    LOS ANGELES, 12 JULAI – Dua maut dan tiga cedera dalam kejadian rompakan yang berlaku kelmarin di enam buah kedai 7-Eleven di Selatan California dan pihak berkuasa berkata mereka mencari seorang penjenayah yang sama di antara tiga daripada enam kejadian rompakan tersebut.

    Kejadian itu berlaku dalam masa lebih kurang lima jam kelmarin, ketika syarikat 7-Eleven menyambut ulang tahun penubuhannya. Tahun ini adalah yang ke-95 dan kedai-kedai berkenaan menyediakan minuman Slurpee secara percuma.

    Sementara itu, penyiasat tidak dapat memberikan maklumat segera mengenai motif kejadian yang berlaku di beberapa buah bandar iaitu Ontario, Upland, Riverside, Santa Ana, Brea dan La Habra.

    “Saya fikir orang yang mampu menjawab persoalan itu adalah suspek itu sendiri,” kata jurucakap Jabatan Polis Riverside, Ryan Railsback.

    Tetapi dia berkata tarikh kejadian itu bukanlah satu kemalangan.

    “Tidak mungkin ia adalah satu kebetulan yang menyasarkan 7-Eleven pada 11 Julai,” kata Railsback.

    7-Eleven Inc. dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, syarikat tersebut mengumpulkan maklumat dan bekerjasama dengan polis. – AP

    Pegawai penyiasatan selepas polis menemukan dua mangsa dengan luka tembakan diikuti dengan rompakan di beberapa kedai 7-Eleven pada hari yang sama. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...