Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 maut, 55 cedera gas meletup

    SHANGHAI, 21 Julai – Letupan silinder gas di sebuah restoran di bandar Hangzhou timur China hari ini telah mengorbankan dua orang dan mencederakan 55 yang lain, kata pihak berkuasa.

    Letupan berlaku pagi tadi dan imej yang disiarkan oleh media China sejurus selepas itu menunjukkan mangsa-mangsa berlumuran darah selepas kejadian kebakaran melanda bangunan dua tingkat yang menempatkan restoran berkenaan.

    Daripada jumlah mangsa cedera itu, 12 mengalami kecederaan parah akibat letupan yang memecahkan tingkap-tingkap kenderaan berhampiran, termasuk sebuah bas, kata kerajaan daerah Xihu Hangzhou dalam satu kenyataan.

    Para pekerja dan pegawai memeriksa insiden selepas letupan di sebuah restoran di Hangzhou di wilayah Zhejiang timur China pada 21 Julai. – AP
    Para pekerja dan pegawai memeriksa insiden selepas letupan di sebuah restoran di Hangzhou di wilayah Zhejiang timur China pada 21 Julai. – AP

    Laporan itu berkata kebakaran akhirnya berjaya dipadamkan selepas 12 jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

    Hangzhou menarik jutaan pelancong setiap tahun, disebabkan oleh pemandangan indah kuil dan lokasi tepi tasiknya.

    Letupan sedemikian dan kemalangan serupa sering terjadi di China, disebabkan standard keselamatan yang tidak ketat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda