HANOI, 9 OGOS – Sebatang dahan pokok besar tumbang menimpa sekumpulan warga emas yang sedang bersenam awal pagi ini di sebuah taman di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, mengorbankan dua dan mencederakan tiga yang lain, lapor media tempatan.
Le Duc Thanh, pengerusi Jawa-tankuasa Rakyat, berkata dua orang berusia 62 dan 60 tahun meninggal dunia di lokasi di taman Tao Dan.
Tiga lagi yang berumur antara 60 dan 70 telah dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan kecemasan.
“Dahan yang menyebabkan kejadian itu masih segar, dan tiada tanda-tanda penyakit atau serangan perosak sebelum ini,” kata Thanh.
Seorang wakil dari Ho Chi Minh City Greenery Parks melaporkan pokok itu berketinggian sekitar 20 meter manakala dahan yang tumbang sepanjang hampir 10 meter dan sekitar 20-30cm. – Xinhua