Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    2 maut, trak langgar pejalan kaki di Quebec

    TORONTO, 14 MAC – Dua lelaki maut kelmarin selepas sebuah trak pikap merempuh pejalan kaki di bandar Amqui, timur Quebec.

    Walau bagaimanapun seorang pegawai kanan Kanada dengan pantas menolak kaitannya dengan serangan keganasan atau insiden keselamatan negara.

    Jurucakap polis wilayah berkata sembilan orang lagi cedera, termasuk dua yang dianggap serius.

    Sarjan Helene St Pierre berkata pemandu berusia 38 tahun itu, seorang penduduk tempatan, menyerahkan diri kepada polis dan ditahan kerana disyaki melanggar lari yang membawa maut.

    Seorang pegawai kanan kerajaan yang mengetahui perkara itu berkata insiden itu tidak berkaitan dengan keganasan atau isu keselamatan negara. Pegawai itu bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara itu.

    Pihak berkuasa tidak menyebut sebarang motif.

    St-Pierre berkata, dua orang yang terbunuh adalah lelaki, seorang dalam lingkungan 60an dan seorang lagi dalam 70an. Antara yang cedera, dua mengalami kecederaan parah dan tujuh lagi sedang dalam penilaian, katanya.

    St-Pierre berkata penyiasat dan pakar pembinaan semula kemalangan sedang berusaha untuk menentukan keadaan nahas itu.

    Kejadian berlaku selepas jam 3 petang di sepanjang St-Benoit Boulevard di Amqui, sebuah bandar kira-kira 350 kilometer ke timur laut Quebec City. – AP

    Pekerja kecemasan kelihatan di tempat kejadian di mana dua lelaki maut selepas trak pikap merempuh pejalan kaki di Amqui, Quebec. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...