2 maut tunjuk perasaan di Sudan

KHARTOUM, 12 MEI – Dua orang terbunuh dan puluhan lagi cedera ketika pasukan keselamatan Sudan cuba membubarkan tunjuk perasaan menuntut keadilan bagi penunjuk perasaan yang terbunuh semasa demonstrasi antikerajaan dua tahun lalu, kata tentera hari ini.

Perdana Menteri Abdalla Hamdok mengatakan beliau ‘terkejut’ dengan pembunuhan itu dan menyebutnya ‘kekejaman menggunakan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan yang aman’.

Ratusan berkumpul kelmarin di luar markas tentera di ibu negara Khartoum, di lokasi di mana ribuan orang berkumpul pada tahun 2019 pada awalnya menuntut penggulingan presiden Omar al-Bashir dan mendesak perpindahan ke kerajaan sivil.

Demonstrasi kelmarin bermula sejurus sebelum berbuka puasa, pada bulan suci Ramadan. – AFP