Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 mayat dengan kesan tembakan ditemui

    YALA, 27 Mei – Seorang lelaki dan seorang wanita mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali di sebuah rumah di daerah Benang Setar, Yala, selatan Thailand kira-kira pukul 10 malam tadi waktu tempatan.

    Mangsa yang merupakan pemilik rumah terbabit dikenali sebagai Yanainah Matrano berusia 30 tahun, dan pengunjung, Matrapi Lakok, 25 tahun.

    “Kedua-dua mangsa ditembak senapang M-16 dan senjata berkaliber 11mm di bahagian kepala dan badan,” kata Ketua Polis Yala Mej Jen Krisada Jandee kepada media di sini dan menambah, polis turut menemui kelongsong peluru di lokasi kejadian.

    Anak damit berusia 10 bulan turut berada di rumah berkenaan ketika kejadian tetapi tidak diapa-apakan, katanya.

    Krisada berkata, kedua-dua mangsa bukan pasangan suami isteri.

    Menurutnya, suami Yanainah sedang menoreh getah kira-kira 500 meter dari tempat kejadian dan polis telah memanggil beliau untuk memberi keterangan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda