Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    2 militan Filipina dituduh bunuh pelancong asing menyerah diri

    JOLO, FILIPINA, 17 JUN – Dua militan yang dituduh menculik dan membunuh empat warga asing di selatan Filipina yang bergolak telah ditahan pada Jumaat selepas menyerah diri kepada tentera, pihak berkuasa berkata.

    Pelarian-pelarian berkenaan merupakan ahli kumpulan Abu Sayyaf yang digeruni dan telah diserahkan kepada polis di pulau Jolo, wilayah Sulu, jurucakap tentera serantau, Alaric Delos Santos memberitahu AFP.

    “Penyerahan diri itu tidak menghapuskan tanggungjawab mereka bagi kes-kes ini. Sebab itulah kami menyerahkan mereka kepada polis,” Delos Santos berkata.

    Dua suspek berkenaan, Almujer Yadah and Ben Quirino, telah dituduh terlibat dalam penculikan dan kemudiannya pembunuhan pelaut Jerman, Jurgen Kantner dan rakan wanita dan senegaranya pada November 2016.

    Mayat wanita berkenaan ditemui dengan bekas tembakan di atas perahu layar di Laut Sulu selepas para penculik menaikinya.

    Kantner dibawa ke Jolo dan dipenggal oleh penawannya pada awal 2017 selepas mereka dilaporkan cuba berunding bagi wang tebusan.

    Militan-militan berkenaan juga dipercayai melakukan pembunuhan ke atas dua warga Kanada, John Ridsdel dan Robert Hall yang diculik pada September 2015 di samping teman wanita Filipina Hall dan seorang lelaki Norway dari sebuah peranginan pelancong. – AFP

    Militan Almujer Yadah (dua kiri) dan Ben Quirino (dua kanan) diiringi oleh pegawai polis selepas mereka menyerah diri di Jolo, wilayah Sulu, selatan Filipina, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...