
KUALA BELAIT, 1 April – Sekumpulan pelajar dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei (PB), Kampus Lumut, hari ini, telah mendedahkan dua model kenderaan cekap tenaga yang akan dipertandingkan pada Perlumbaan Shell Eco-Marathon Asia 2019 (SEMA) di Kuala Lumpur, hujung bulan ini.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan pendedahan kenderaan ‘Yakin III’ dan ‘Pengembara I’ pada majlis yang diadakan di dewan serba guna institut itu ialah Pemangku Pengarah PB, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)





























