Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pegawai polis ditetapkan pangkat ASP

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penetapan pangkat bagi dua orang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei berkuat kuasa 1 April 2017.

    Kedua-dua pegawai tersebut ASP Saidatul Akmal binti Haji Saidi dan ASP Norainah binti Haji Mohd Salleh ditetapkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis.

    Majlis Penyampaian Surat Penetapan Pangkat bagi pegawai-pegawai berkenaan berlangsung di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis, Gadong, hari ini dan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.

    Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Ag DCP Mohammad Irwan bin Haji Hambali serta pegawai-pegawai kanan polis yang lain.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar dan diikuti dengan penyampaian surat penetapan pangkat oleh Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy.

    Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menyampaikan surat penetapan pangkat kepada ASP Saidatul Akmal.
    Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy menyampaikan surat penetapan pangkat kepada ASP Saidatul Akmal.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda