Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    2 pekerja asing didapati bekerja berlainan jawatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OGOS – Untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 117/2022 di kawasan Kampung Muara pada 15 Ogos lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, di sini, semasa operasi itu, jabatan berkenaan telah menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan kedai runcit di kawasan Kampung Muara dan telah mendapati dua orang pekerja asing melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009.

    Mereka yang berjawatan sebagai buruh binaan dan buruh kedai didapati melakukan pekerjaan sebagai juruwang.

    Jika sabit kesalahan, majikan bolah dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan para majikan supaya tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing atau melanggar peraturan di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Di samping itu, para majikan hendaklah sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Pegawai penguat kuasa undang-undang Jabatan Buruh semasa membuat pemeriksaan ke atas sebuah kedai runcit. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...