Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    2 pekerja dicekup buat kerja lain jawatan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Dua orang pekerja asing berjawatan sebagai buruh telah didapati melakukan pekerjaan sebagai juruwang dan memotong daging di sebuah kedai runcit di Kampung Kilanas.

    Kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 itu didapati semasa Operasi Sejahtera 104/2022 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Buruh, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan kompaun $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Selain itu tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Pegawai-pegawai penguat kuasa Jabatan Buruh semasa membuat pemeriksaan terhadap pekerja asing di sebuah kedai runcit di Kampung Kilanas. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...