Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pelajar Pusat Ehsan terima bantuan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), Darussalam Assets Sdn Bhd hari ini menghulurkan bantuan kewangan sepenuhnya kepada dua pelajar berkeperluan khas yang memerlukan sokongan semasa program pembelajaran mereka di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam selama setahun.

    Hadir menyampaikan sumbangan kewangan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan) yang juga Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Darussalam Assets, Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah dan diterima oleh Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Penasihat Undang-undang Am dan Ketua Pegawai Operasi Darussalam Assets, Datin Paduka Magdalene Chong dan Pemegang Amanah Dasar dan Perancangan Pusat Ehsan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman serta kakitangan kedua-dua belah pihak.

    Ketika mengulas mengenai sumbangan itu, Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew menyatakan, “Semenjak penubuhannya, Darussalam Assets ingin menghulurkan sumbangan kepada masyarakat melalui aktiviti CSR dan kerjasama Darussalam Assets dan Pusat Ehsan merupakan langkah bersesuaian ke arah pelaksanaan inisiatif CSR ini kerana Pusat Ehsan memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan kepada komuniti berkeperluan khas di negara ini dan kami memuji usaha ini.”

    Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew menyerahkan sumbangan kepada Pengiran Datin Hajah Noraini.
    Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew menyerahkan sumbangan kepada Pengiran Datin Hajah Noraini.

    Manakala Haji Ahmad pula memuji sumbangan Darussalam Assets itu sebagai permulaan hubungan menggalakkan dan sumbangan dijangka memberi impak kepada program harian, kesejahteraan dan kesihatan pelajar di Pusat Ehsan. Beliau turut menghargai sumbangan itu dan mengalu-alukan sumbangan daripada badan-badan dan syarikat lain.

    Menurutnya lagi, Pusat Ehsan telah memperkenalkan Skim Pelajar Angkat Berkeperluan Khas baru ini yang memberikan peluang kepada orang ramai atau badan-badan serta syarikat-syarikat korporat untuk menaja mana-mana pelajar di pusat itu yang mana pelajar berkeperluan khas dipilih akan menerima sokongan bantuan pembelajaran selama setahun. Melalui skim ini, penaja akan melabur dalam kualiti kehidupan, pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar Pusat Ehsan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda