Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    2 pelancong cedera diserang buaya di Mexico

    MEXICO CITY, 21 JULAI – Dua orang pelancong Amerika Syarikat (AS) mengalami kecederaan akibat diserang seekor buaya di pusat peranginan Puerto Vallarta di Mexico apabila seorang daripada pelancong itu berenang di lautan pada waktu malam dan seorang lagi terjun ke laut untuk membantunya.

    Pejabat pertahanan awam di negeri barat Jalisco kelmarin berkata warga Amerika yang pertama mengalami luka kesan gigitan di kaki, lengan, perut dan dadanya. Manakala yang kedua pula, yang terjun ke laut untuk membantunya, mengalami luka di tangannya.

    Pihak pejabat berkata kedua-dua lelaki itu menerima rawatan awal di tempat kejadian.

    Ia berkata mereka berasal dari Colorado, tetapi tidak menyatakan kampung mereka.

    Buaya jarang sekali dilihat di kawasan tanah lembap dan pantai peranginan Puerto Vallarta. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...