TEHRAN, 2 Mei – Sebuah bas yang membawa pelancong Jerman terbalik di wilayah Fars selatan Iran kelmarin, membunuh dua orang dan mencederakan 18, laman web berita Asr Iran melaporkan, memetik komander polis trafik Fars.
Kemalangan itu berlaku di rantau Sa’adat Abad di Fars. Sementara mereka yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke pusat-pusat perubatan, kata laporan itu.
Dua pelancong yang cedera berada dalam keadaan kritikal, kata komander polis. Katanya, jalan licin dan bas yang dipandu laju membawa kepada kemalangan tersebut. – Xinhua