Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pemberontak dibunuh

    NEW DELHI, 22 Jan – Pasukan tentera India membunuh dua orang suspek pemberontak lewat hari ini, beberapa jam selepas kematian dua askar dalam serangan hendap di timur laut bergolak negara itu, kementerian pertahanan mengatakan.

    Dalam serangan hendap pagi, militan melemparkan grenad ke arah kenderaan digunakan oleh askar sebelum meledakkan sebutir bom kecil di daerah Tinsukia, negeri Assam.

    Selepas satu penggeledahan, tentera berjaya membunuh dua orang pemberontak dari kumpulan yang menyerang tentera kami pagi ini, menurut satu kenyataan.

    Kementerian mengatakan askar-askar adalah dari separa tentera Assam Rifles sedang mengiringi pelancong yang pulang daripada menghadiri satu festival di negeri jiran Arunachal Pradesh apabila kenderaan mereka diserang.

    Timur laut India dihubungkan dengan seluruh negara melalui koridor tanah sempit, menyaksikan berdekad-dekad kacau bilau antara etnik dan kumpulan pemisah.

    Kawasan itu merupakan kediaman bagi berpuluh-puluh kumpulan puak dan tentera gerila kecil yang menolak pemerintahan New Delhi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda