Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pemenang promosi SCB terima hadiah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Sebagai sebahagian daripada Promosi Perbankan Digital dalam pengenalan aplikasi ‘Bank Standard Chartered (SCB) Mobile’, SCB telah mengadakan penyampaian hadiah bulanan kedua yang diadakan di Ibu Pejabat SCB di City Centre, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Produk, Produk Runcit SCB, Cecilia Phan.

    Pada majlis tersebut, Dayang Nurazean binti Tajudin berjaya membawa pulang Samsung Galaxy S8 selepas menjadi pengumpul mata tertinggi bulanan pada promosi tersebut. Sementara Janet Ong Siok Mei pula memenangi hadiah kedua dengan membawa pulang Samsung Gear S3.

    Dayang Nurazean menerima hadiah berupa Samsung Galaxy S8 yang disampaikan oleh Cecilia Phan.
    Cecilia Phan menyampaikan hadiah kedua kepada Janet Ong Siok Mei.

    Promosi tersebut berakhir pada 30 September 2017 dengan satu acara penyampaian hadiah yang akan diadakan pada akhir promosi pada bulan Oktober ini, di mana tiga pemenang bakal memenangi iPhone 7 (128GB), Apple Watch 2 atau iPad Mini.

    Untuk promosi ini, para pelanggan akan memperoleh lima mata untuk setiap pemindahan dana, bayaran bil kad kredit dan bayaran bil lainnya.

    Pelanggan juga akan mendapat tambahan 10 mata bagi pendaftaran jika mereka mendaftar untuk kali pertama dalam tempoh promosi ini atau jika pelanggan yang belum aktif selama tiga bulan terakhir sebelum tempoh pendaftaran semula mendaftar ke perbankan dalam talian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda