BANDAR GAZA, Wilayah Palestin, 19 Mac – Sebuah mahkamah tentera Hamas hari ini telah menjatuhkan hukuman mati ke atas dua warga Palestin kerana menyeludup dadah di Semenanjung Gaza, dalam hukuman pertama sejenisnya di enklaf tersebut.
“Mahkamah tentera Gaza mengumumkan hukuman mati ke atas dua orang awam dari Rafah di selatan Semenanjung Gaza, kerana menjual narkotik,” menurut kementerian dalam negeri yang dikawal Hamas dalam satu kenyataan.
Ia adalah suspek ketiga yang dijatuhkan hukuman berat. Pihak berkuasa telah merampas dadah yang bernilai sekitar AS$1 juta di pasaran gelap itu beberapa bulan yang lalu, menurut kementerian.
Mereka telah merampas 1,250 paket kanabis dan 400 pil Tramadol – sejenis ubat penghilang kesakitan opiat kuat – pada bulan Januari sahaja, katanya.
Setakat hari ini, hanya orang yang didapati bersalah kerana mengintip untuk Israel atau pembunuhan telah menerima hukuman mati di Gaza, yang dikawal oleh Hamas sejak 2007. – AFP