2 polis Filipina maut, 4 cedera dalam pertempuran bersama pemberontak

MANILA, 21 NOV – Dua pegawai polis terbunuh manakala empat lagi cedera dalam pertempuran bersama para pemberontak di tengah Filipina, kata Polis Nasional Filipina (PNP) hari ini.

PNP berkata pegawai polis diserang menggunakan peranti letupan improvisasi semasa berbalas tembakan kelmarin bersama pemberontak New People Army (NPA) di Gamay, bandar di wilayah Northern Samar.

PNP berkata para pegawai adalah anggota daripada unit elit Pasukan Tindakan Khas (SAF) yang ditubuhkan sebagai pasukan penyerang khas untuk memerangi pemberontak, pengganas dan kumpulan jenayah terancang.

Tidak ada laporan mengenai korban jiwa di pihak pemberontak. – Xinhua