Saturday, February 4, 2023
23.7 C
Brunei

-

2 rakyat Jordan maut di kedutaan Israel

BAITULMAQDDIS, 24 Julai – Seorang pengawal keselamatan Israel menembak mati seorang warga Jordan yang menyerangnya dengan pemutar skru di halaman kedutaan Israel di Amman, manakala warga Jordan kedua terbunuh secara tidak sengaja, menurut sumber para pegawai dan keselamatan.

Kejadian pada malam semalam berlaku dengan ketegangan meningkat berhubung langkah keselamatan baru Israel di tapak suci paling sensitif di Baitulmaqddis, namun tidak jelas jika wujud sebarang kaitan.

Warga Jordan itu datang ke sebuah pangsapuri di sebuah bangunan tambahan di kedutaan Israel, untuk memasang perabot dan kemudian menikam bahagian belakang seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan pemutar skru, menurut kementerian luar Israel.

Pengawal itu kemudian bertindak balas dengan menembak mati pekerja Jordan itu, manakala pemilik pangsapuri itu yang berada di situ pada ketika itu tercedera dan kemudian menemui ajalnya akibat kecederaan yang dialaminya, menurut sumber kementerian luar dan keselamatan.

Pasukan keselamatan berada di luar kedutaan Israel di kawasan kejiranan Rabiyeh di ibu negara Jordan Amman berikutan ‘insiden’ pada 23 Julai 2017. – AFP
Pasukan keselamatan berada di luar kedutaan Israel di kawasan kejiranan Rabiyeh di ibu negara Jordan Amman berikutan ‘insiden’ pada 23 Julai 2017. – AFP

Pengawal keselamatan mengalami cedera ringan, menurut kenyataan kementerian luar lagi.

Sumber keselamatan di Amman mengesahkan sebelumnya bahawa dua warga Jordan itu terbunuh dalam kejadian tembakan di kawasan kedutaan itu.

“Warga Jordan pertama, Mohammad Jawawdeh, 17 tahun, menemui ajalnya di tempat kejadian. Bashar Hamarneh, warga Jordan kedua, yang berada di kuarter kediaman kedutaan itu pada masa kejadian, meninggal dunia selepas waktu malam di hospital, akibat kecederaan yang dialaminya, menurut sumber keselamatan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -