2 remaja Amerika didakwa bunuh polis Itali

ROM, 5 MEI – Para juri di Itali hari ini membicarakan nasib dua lelaki Amerika yang dituduh membunuh seorang pegawai polis dua tahun lalu di Rom, mengakhiri perbicaraan selama setahun.

Pendakwa raya mendakwa Finnegan Lee Elder, 21, dan Gabriel Natale-Hjorth, 20, membunuh pegawai polis, Mario Rega Cerciello pada waktu malam bulan Julai 2019 ketika mereka sedang bercuti.

Kedua-dua lelaki itu, berasal dari California, akan dipenjarakan seumur hidup jika disabit bersalah, walaupun mereka boleh membuat rayuan.

Elder, yang berusia 19 tahun pada masa itu, telah mengaku menikam Cerciello sebanyak 11 kali dengan pisau yang dibawanya. – AFP