SYDNEY, 9 Mac – Seorang lelaki Ireland dan seorang wanita Perancis berjaya diselamatkan dari pantai tenggara Australia selepas kemudi kapal layar mereka patah di lautan bergelora antara Australia dan New Zealand di tengah pasangan itu belayar mengelilingi dunia.
Nick Dwyer, 55 tahun, dan Barbara Heftman, 44 tahun hari ini berkata mereka menyangka tidak akan terselamat ekoran kapal layar mereka yang sepanjang 12 meter berkali-kali karam sebelum bot polis Australia menyelamatkan mereka semalam di lautan sedalam enam meter, lebih 370 kilometer timur Sydney.
Mereka tiba di Pelabuhan Sydney malam semalam dan pihak polis telah menyediakan mereka katil.
Dwyer berkata kemudi kapal layar mereka patah Sabtu lalu dalam pelayaran ke Sydney dan lautan bergelora telah mengaramkan mereka beberapa kali sebelum mengaktifkan lampu kecemasan Selasa lalu dan telah membuat perhubungan radio dengan pihak berkuasa penyelamat Australia.

Dia tidak dapat mengingati akan hari kapal layar itu kali pertama karam dan layarnya koyak. Mereka kemudian meneruskan pelayaran ke Sydney dengan ditarik oleh sauh karung pada paras 20 meter, ujarnya.
Dwyer berkata dia dan Heftman telah berbincang tentang kemungkinan mereka tidak akan terselamat.
“Kami sebenarnya dalam keadaan terbalik dan ada detik yang mana segala-galanya tergantung. Kami tidak pasti sama ada kapal layar itu akan menjadi tegak atau sama ada kami akan melihat ledakan air yang datang dari pintu memasuki buritan kabin dan itulah segala penamatan itu,” Dwyer memberitahu televisyen Nine Network. – AP