Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    2 syarikat dikompaun langgar peraturan iklan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Dua buah syarikat dikompaun oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) atas kesalahan di bawah Peraturan 12, Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

    Menurut kenyataan ABCi hari ini, sebuah syarikat pengiklanan didenda $1,000 kerana memaparkan papan iklan di kawasan Lebuh Raya Seria By-Pass, manakala sebuah lagi didenda $200 kerana memaparkan papan tanda perniagaan tanpa kebenaran di Kompleks Bangunan Abdul Razak, Unit 8, Tingkat 1, Block H, Kampung Pengkalan Gadong.

    Kedua-dua syarikat diberikan tempoh 14 hari untuk menjelaskan denda kompaun berkenaan.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan syarikat pengiklanan yang dilantik mempunyai pendaftaran yang sah.

    Selain itu, mana-mana papan tanda perniagaan / papan-papan iklan yang dipaparkan di luar kawasan premis perniagaan hendaklah mendapatkan kebenaran mengikut Peraturan Kawalan Bangunan (Iklan, Papan Iklan dan Papan Tanda) 2016.

    Pegawai-pegawai penguat kuasa ABCi semasa menjalankan pemeriksaan di salah sebuah syarikat. – Gambar serahan ABCi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...