Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    2 syarikat kena kompaun, sampah di tempat awam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Sebuah pasar raya dan sebuah restoran masing-masing dikenakan kompaun $500 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong atas kesalahan membuang sampah di tempat awam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Orbit Supermarket Sdn Bhd dan Restoran Sabka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 dan dikehendaki menjelaskan kompaun tersebut dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda tersebut, syarikat-syarikat berkenaan boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 bagi kesalahan pertama.

    Bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000 atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Gambar menunjukkan sampah yang dibuang di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...