Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    2 tentera maut dalam nahas helikopter

    BARQUISIMETO, VENEZUELA, 24 FEB – Dua anggota tentera Venezuela terbunuh dan dua lagi cedera Selasa lalu apabila sebuah helikopter buatan Rusia terhempas di negara Amerika Selatan itu, kata Presiden Nicolas Maduro.

    “Hari ini kami mengalami kema-langan yang menyedihkan dan dikesali di negeri Laram dengan sebuah helikopter Mi-17 mengakibatkan dua kematian dan dua juruterbang yang sekarang ini bertarung untuk nyawa mereka,” kata Maduro semasa pertemuan dengan menteri yang disiarkan di televisyen negara itu.

    Sementara itu punca kejadian masih belum jelas dan Maduro telah mengarahkan untuk melakukan penyiasatan.

    Pesawat tersebut terbakar apabila ia terhempas, dan juruterbang dan penolong juruterbang yang cedera telah ditarik keluar oleh penduduk tempatan dan pekerja buruh yang berada di tempat kejadian berkenaan.

    Tentera Venezuela berkata dalam satu kenyataan bahawa nahas itu berlaku semasa “misi bekalan ke pangkalan perlindungan sempadan.” – AFP

    Penyiasat, anggota perlindungan awam dan anggota bomba memerhatikan bangkai helikopter Mi-17 buatan Rusia Angkatan Bersenjata Negara Bolivarian yang terhempas di Barquisimeto, Venezuela. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...