Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    2 wanita asing diberkas tawar khidmat pelacuran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Dua orang wanita warganegara asing masing-masing berumur 34 dan 44 tahun telah diberkas kerana dipercayai terlibat dalam menjalankan aktiviti tidak bermoral, baru-baru ini.

    Penahanan dibuat oleh keanggotaan Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) semasa serbuan pada 18 Oktober yang menyasarkan dua buah bilik hotel di kawasan Bandar Seri Begawan di mana suspek dipercayai menjalankan aktiviti menawarkan khidmat seks.

    Menurut kenyataan daripada PPDB, pemeriksaan di tempat kejadian juga telah menemukan beberapa barangan bukti seperti telefon bimbit, wang tunai, kepingan kondom serta minyak pelincir yang dipercayai bertujuan untuk kegiatan berkenaan.

    Suspek bersama bahan bukti yang ditemukan telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi siasatan lanjut. Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.

    Dalam kenyataan itu, PPDB menyarankan orang ramai agar sentiasa bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan menghubungi talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel di laman
    sesawang PPDB www.police.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.

    Antara barangan dipercayai bertujuan untuk kegiatan seks dirampas semasa pemeriksaan di salah sebuah bilik hotel di kawasan Bandar Seri Begawan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...