Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 wanita tidak mengaku mencuri

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Dua wanita yang berdepan pertuduhan melakukan curi di sebuah pasar raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam.

    Norimah binti Mohammad, 47, dan Siti Mariana binti Haji Mohd Yakob, 36, didakwa mencuri lapan kilogram ikan dan udang; sejumlah pengharum udara; minuman dan barangan keperluan lain dari Pasar Raya SKH Sengkurong, pada 18 Ogos 2017 kira-kira jam 4:30 petang.

    Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan sebutan seterusnya pada 4 September.

    Kes tertuduh didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda