Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    2 warga emas dicekup berjudi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Dua lelaki warga tempatan berumur 76 dan 62 tahun ditahan oleh detektif Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dipercayai terlibat aktiviti perjudian loteri 4D di Daerah Tutong, pagi kelmarin.

    Menurut PPDB, semasa penahanan, suspek dipercayai sedang leka membuat kegiatan mengutip taruhan perjudian loteri empat digit di kawasan tepi bangunan premis perniagaan, Jalan Enche Awang, Pekan Tutong.

    Pihak polis turut merampas beberapa barang bukti di tempat kejadian iaitu telefon bimbit berserta kepingan kertas taruhan dipercayai digunakan untuk aktiviti judi pertaruhan. Kesemua barang bukti dan kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Tutong bagi siasatan lanjut.

    Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4 (D) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28. Sehubungan dengan itu, PPDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas maklumat berhubung kegiatan tersebut dan menyarankan orang ramai untuk mengongsikan maklumat apa saja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak polis melalui talian kecemasan 993.

    Antara barang bukti yang dirampas di tempat kejadian dalam aktiviti perjudian loteri 4D di Daerah Tutong, baru-baru ini. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...