KUALA LUMPUR, 9 Mac – Program Pemakanan Sedunia (WFP) PBB berkata dua kakitangan Malaysianya telah meninggalkan Korea Utara hari ini selepas Kuala Lumpur dan Pyongyang melarang kedua-dua warga negara masing-masing daripada meninggalkan negara mereka berikutan kemelut pembunuhan Kim Jong-Nam.
“WFP mengesahkan dua kakitangan warga Malaysia telah meninggalkan Korea Utara dan telah tiba di Beijing hari ini,” agensi PBB itu berkata dalam satu keterangan.
“Ahli-ahli kakitangan kami merupakan penjawat awam antarabangsa dan bukan perwakilan kerajaan negara mereka. Mereka bekerja pada program-progam WFP di Korea Utara,” tambahnya.
Korea Utara dan Malaysia pada Selasa melarang kedua-dua warga masing-masing dari meninggalkan negara, dengan Kuala Lumpur mengatakan warganegaranya secara efektif ditahan sebagai “tebusan”.
Pyongyang dan Kuala Lumpur memiliki hubungan kukuh luar biasa buat beberapa tahun, namun hubungan itu secara mendadak memburuk dalam beberapa minggu sejak dua wanita yang telah didakwa atas kesalahan membunuh Kim Jong-Nam menggunakan kimia agen saraf VX.
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak kelmarin menolak untuk memutuskan hubungan dengan Korea Utara dan berkata kerajaannya akan cuba untuk membuat rundingan bagi mendapatkan pembebasan warga Malaysia di Korea Utara.
Kementerian Luar Malaysia berkata 11 warganegaranya kini berada di Korea Utara: tiga kakitangan kedutaan, enam ahli keluarga dan dua orang lagi bekerja bagi WFP. Dalam satu keterangan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, Najib berkata pada laman Facebook: “Dua daripada warga kita di bawah program Pemakanan Sedunia PBB telah dibenarkan untuk meninggalkan Pyongyang. Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy telah selamat tiba di Beijing.” – AFP