Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 ahli kelab motosikal sertai bengkel

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Seramai 20 peserta terdiri daripada ahli kelab-kelab motosikal telah menghadiri ‘Bengkel Sistem Bermotor/Sikal Siap Siaga 2017’ di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan, hari ini.

    Hadir merasmikan bengkel anjuran Kelab Motosikal Veteran (VMC) dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR) Negara Brunei Darussalam itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad.

    Bengkel selama dua hari yang berakhir esok (24 Ogos) itu adalah bagi menyahut saranan MKKJR akan kepentingan keselamatan penunggang motosikal di negara ini.

    Haji Azhar bergambar ramai bersama para peserta Bengkel Sistem Bermotor/Sikal Siap Siaga 2017.

    Semasa bengkel berkenaan, Pengerusi bengkel, Awang Mu’adz bin Haji Abdul Hamid telah menyampaikan taklimat mengenai peraturan dan keselamatan jalan raya, sementara itu, wakil dari MKKJR menjelaskan mengenai tingkah laku, tata cara operasi standard dan kokurikulum motosikal.

    Esok, bengkel itu akan menjurus kepada cara-cara penggunaan alat bantu kecemasan First Aids yang disampaikan oleh wakil paramedik dan diikuti dengan para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan beberapa tugasan yang diberikan.

    Pada akhir bengkel, para peserta akan diberikan sijil tamat bengkel yang dijangka akan disampaikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Awang Ali bin Haji Matusin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda