Thursday, February 9, 2023
22.8 C
Brunei

-

20 anak damit 15 Julai dirai

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Seramai 20 orang anak damit telah dilahirkan pada 15 Julai 2017 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 17 orang anak damit telah dilahirkan di Daerah Brunei dan Muara, iaitu seramai 15 orang anak damit dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan dua orang anak damit dilahirkan di Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC).

Sementara tiga orang lagi anak damit dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan, Daerah Belait. Tiada kelahiran anak damit dicatatkan di Daerah Tutong dan Daerah Temburong.

Sehubungan itu, satu majlis kesyukuran dan penyampaian cenderamata kepada anak-anak damit berkenaan telah diadakan di hospital-hospital berkenaan hari ini.

Bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis diadakan di Bilik Seminar, Aras 2, Blok Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital RIPAS dan hadir menyempurnakan penyampaian cenderamata berkenaan ialah isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohamad selaku tetamu kehormat majlis.

Datin Paduka Hajah Jahrah dan Datin Hajah Kalsom bergambar ramai bersama anak-anak damit dan ibu bapa mereka yang diraikan di dalam majlis berkenaan.
Datin Paduka Hajah Jahrah dan Datin Hajah Kalsom bergambar ramai bersama anak-anak damit dan ibu bapa mereka yang diraikan di dalam majlis berkenaan.
Datin Paduka Hajah Jahrah ketika menyampaikan cenderamata kepada anak-anak damit pada majlis berkenaan.
Datin Paduka Hajah Jahrah ketika menyampaikan cenderamata kepada anak-anak damit pada majlis berkenaan.
Datin Hajah Kalsom ketika menyampaikan cenderamata kepada anak-anak damit yang diraikan di majlis berkenaan.
Datin Hajah Kalsom ketika menyampaikan cenderamata kepada anak-anak damit yang diraikan di majlis berkenaan.

Cenderamata yang berupa sumbangan wang tunai sebanyak $100 yang dimasukkan ke Akaun Simpanan Simanja, barang-barang keperluan anak damit, sijil penghargaan dan potret kenangan itu merupakan hasil sumbangan daripada Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Sultan yang ke-71 tahun.

Sumbangan wang tunai itu diberikan dengan hasrat untuk memupuk budaya menabung dari kecil serta menyahut seruan kerajaan Baginda Sultan untuk mengamalkan sikap berjimat cermat demi keperluan masa hadapan.

Majlis tersebut juga diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada Perbadanan TAIB oleh isteri kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Datin Hajah Kalsom binti Haji Suhaili kepada anak-anak damit yang baru dilahirkan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr Hajah Maslina binti Haji Mohsin, isteri setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), isteri timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN dan Kementerian Kesihatan, isteri ahli Majlis Mesyuarat Negara, isteri penghulu-penghulu mukim, para pegawai dan kakitangan KHEDN, Kementerian Kesihatan, Perbadanan TAIB serta jemputan khas lainnya.

Bagi Daerah Belait, majlis kesyukuran dan penyampaian cenderamata kepada anak-anak damit yang lahir pada 15 Julai 2017 telah disempurnakan oleh isteri Pegawai Daerah Belait, Dayang Suraya binti Haji Mohd Salleh.

Manakala itu, sumbangan daripada Perbadanan TAIB telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus Am, Dayang Zamzaipa binti Haji Ismail.

Anak damit pertama yang lahir pada 15 Julai 2017 ialah pada pukul 1:18 pagi, seorang anak damit lelaki kepada pasangan Dayang Norazaneda binti Haji Sabli dan Awang Azizi bin Haji Razali yang dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait.

Sementara anak damit terakhir yang lahir pada 15 Julai 2017 ialah pada pukul 11:15 malam, anak damit kepada pasangan Dayang Nuraini binti Wahab dan Awang Muhammad Kamarul Azharie Al Suffrie bin Haji Bohari di Hospital RIPAS di ibu Negara.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -