Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    20 bot baharu bakal mantapkan rondaan di ESSZone

    SEMPORNA, 22 SEPT – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) yang berpangkalan di Tawau bakal menerima 20 bot baharu tahun hadapan yang akan memantapkan penugasan serta operasi mengekang jenayah rentas sempadan.

    Panglima Angkatan Bersama Left Jen Datuk Yazid Arshad berkata pihaknya memerlukan bot canggih bagi menjalankan rondaan keselamatan di kawasan perairan  Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

    “Aset-aset baharu itu sangat diperlukan, bagi memudahkan pasukan ATB 2 membuat rondaan seterusnya menjamin keselamatan penduduk Maritim,” katanya kepada pemberita selepas Program Civil Military Cooperational (CIMIC) di Pulau Denawan di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...