Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    20 cedera bot laju terbakar di Thailand

    BANGKOK, 20 JULAI – Seramai 20 orang tercedera apabila bot laju yang mereka naiki terbakar selepas enjin bot tersebut meletup pada kejadian yang berlaku di teluk Thailand, menurut laporan media tempatan hari ini.

    Menurut akhbar Thai, Matichon, kemalangan berlaku sekitar 2:30 petang waktu tempatan, tidak lama selepas bot itu berlepas dari wilayah Chumphon di selatan menuju pulau Koh Tao.

    Seramai 18 orang penumpang dan dua ahli kru berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital tempatan. Dua daripadanya mengalami cedera parah sementara yang lainnya hanya cedera ringan, lapor akhbar itu.

    Agensi penyelamat tempatan, Chumphon Charity Welfare Foundation berkata di laman Facebook siasatan mengenai kebakaran sedang dijalankan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...