Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

20 cedera dalam letupan kilang kimia

LJUBLJANA, SLOVENIA, 12 MEI – Satu letupan dan kebakaran di sebuah kilang kimia di tenggara Slovenia menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang cedera hari ini ketika pihak berkuasa menggesa penduduk di kawasan berdekatan supaya tinggal dalam rumah.

Masih tidak jelas apa yang mencetuskan letupan, yang dilaporkan pada kira-kira 8:30 pagi di bandar Kocevje.

Gambar dari tempat kejadian menunjukkan asap hitam berkepul-kepul naik dari kilang.
Penduduk tempatan berkata letupan menggegar seluruh kawasan tersebut. Bandar itu, yang terletak kira-kira 55 kilometer dari tenggara Ljubljana, mempunyai populasi 8,000 orang.

Pihak berkuasa berkata dua orang mengalami luka bakar serius dan telah dipindahkan ke sebuah hospital di ibu negara Slovenia, Ljubljana.

Dua yang lain masih hilang. Kilang Melamin menggaji kira-kira 200 orang pekerja. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -