BERKELEY, Calif, 16 April – Kira-kira 20 orang diberkas selepas keganasan meletus semalam antara kumpulan-kumpulan penyokong dan pengkritik Presiden Donald Trump yang mengadakan perhimpunan di pusat bandar Berkeley, menurut pihak berkuasa.
Kira-kira 200 orang berada di Martin Luther King Jr Civic Center Park, Berkeley apabila beberapa pertelingkahan berlaku. Berbelas-belas pegawai polis yang menggunakan peralatan lengkap anti rusuhan yang berdiri berhampiran segera memberkas seorang lelaki. Yang lain diberkas selepas berlaku beberapa pertengkaran.
Para penyokong Trump pada awal minggu ini mengumumkan bahawa mereka mengadakan ‘Hari Patriot’ di taman itu pada sebelah tengah hari yang akan memaparkan ucapan-ucapan oleh para anggota berhaluan kanan, sebuah gerakan pinggiran yang menggunakan budaya internet, papan mesej dan media sosial untuk menyebarkan campuran rasisme, anti Semitisme, benci perempuan dan gerun orang asing.
Penentang penunjuk perasaan kemudian berkata mereka akan mengadakan perhimpunan di tempat yang sama pada pukul 10 pagi.
Pihak polis telah meletakkan perintang sementara yang terdiri dari tiang plastik jingga dan jaringan pagar jingga untuk memisahkan kedua belah pihak, namun perintang itu cepat tumbang apabila para penunjuk perasaan mula saling bertumbuk dan menendang antara satu sama lain, sementara semburan lada putih dan bunga api dilontar ke arah orang ramai.

Selepas perintang kembali dipasang, para penunjuk perasaan menjerit antara satu sama lain dari jarak jauh, lapor San Francisco Chronicle.
“Kamu kembali ke era ‘60an,” jerit seorang penyokong pro Trump.
“Kamu kembali ke era 1400an, seseorang dari pihak penentang membalas dengan jeritannya. Kumpulan-kumpulan itu kemudian meninggalkan taman itu dan berjalan di jalan ray Berkeley dengan polis dengan dekat mengekori mereka. Gambar-gambar yang diambil dari tempat kejadian memperlihatkan muka kira-kira dua orang lelaki berlumuran darah.
Pihak berkuasa berkata sebelum perhimpunan itu, pemukul besbol, kayu, tiang bendera dan sebarang benda yang boleh digunakan sebagai senjata ditegah di taman itu. Para pegawai semalam telah merampas kayu, pisau, tiang bendera dan helmet dan kayu yang mempunyai tanda padanya. – AP