20 diculik dalam serangan bersenjata di Nigeria

ABUJA, 4 SEPT – Sekurang-kurangnya 20 penduduk kampung di tengah Nigeria diculik dalam serangan bersenjata, lapor agensi Anadolu memetik media tempatan pada kelmarin.

Lelaki bersenjata dengan motosikal menyerbu kampung Adagbi di daerah Shiroro dan melepaskan tembakan.

Kebanyakan yang diculik itu adalah wanita, penduduk kampung yang ketakutan kemudian meninggalkan rumah masing-masing.

Tiada sebarang laporan mengenai kematian atau kecederaan dalam serbuan itu, sementara polis Nigeria belum mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian itu. – Bernama