Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    20 gerabak kereta api tergelincir

    SPRINGFIELD, OHIO, 5 MAC – Kira-kira 20 gerabak kereta api kargo Norfolk Southern tergelincir berhampiran Springfield petang kelmarin, menjadi insiden kedua kereta api syarikat itu di Ohio dalam tempoh sebulan, kata pegawai.

    Tetapi tidak seperti insiden lalu pada 3 Februari di Palestine Timur, Ohio, jurucakap syarikat berkata tiada bahan berbahaya di dalam kereta api itu, lapor The Columbus Dispatch.

    Kereta api yang tidak mempunyai penumpang itu tergelincir sekitar jam 5 petang kelmarin melalui laluan negeri 41, berhampiran Clark County Fairgrounds, menurut Dispatch.

    Springfield terletak kira-kira 74km di barat ibu negeri Columbus, Ohio.

    Sebanyak 20 dari 212 gerabak kereta api itu tergelincir semasa dalam perjalanan ke selatan, kata jurucakap Norfolk Southern.

    Agensi Pengurusan Kecemasan Daerah Clark telah meminta penduduk dalam jarak 1,000 kaki dari tempat kejadian untuk berlindung di kediaman masing-masing dan agensi itu tidak mengeluarkan arahan pemindahan rasmi. – AP

    Beberapa gerabak kereta api Norfolk Southern tergelincir di Clark County, Ohio – AP
    Sebuah kereta api kargo Norfolk Southern tergelincir keluar landasan di Clark County, Ohio. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...