Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    20 juta berdepan risiko kebuluran

    NAIROBI, 19 APRIL – Kira-kira 20 juta orang berdepan risiko kebuluran tahun ini ketika ketiadaan hujan memburukkan kemarau di Kenya, Somalia dan Etiopia, menurut amaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

    Kemarau ekstrem selama berbulan-bulan mengakibatkan Tanduk Afrika di ambang bencana kemanusiaan, memusnahkan tanaman dan binatang peliharaan serta memaksa sejumlah besar penduduk untuk meninggalkan kediaman demi mencari makanan dan air minum.

    Hujan yang dijangka turun namun ia tidak berlaku hampir sebulan memasuki musim hujan ketika ini, “jumlah mereka yang kebuluran akibat kemarau mungkin meningkat daripada jangkaan ketika ini iaitu 14 juta hingga 20 juta sepanjang 2022,” menurut Program Makanan Sedunia (WFP) PBB.

    Kira-kira enam juta penduduk Somalia atau 40 peratus penduduk berdepan tahap ketidakselamatan makanan di paras ekstrem dan ‘terdapat risiko besar kebuluran dalam beberapa bulan akan datang,” sekiranya keadaan berterusan, menurut WFP.

    Di Kenya, separuh juta penduduk berdepan krisis kelaparan, terutama komuniti di utara negara yang sangat bergantung kepada binatang ternakan. – AFP

    Seorang penduduk Etiopia bersama anaknya menerima rawatan di Hospital Gode. Kira-kira 20 juta orang berdepan risiko kebuluran tahun ini ketika ketiadaan hujan memburukkan kemarau di Kenya, Somalia dan Etiopia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...