20 kontena ‘Bentonite’ tanpa permit ditahan

LABUAN, 5 FEB – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Labuan berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 20 kontena yang berisi Bentonite tanpa Import Permit (IP) pada 3 Februari di Pelabuhan Dermaga dan Merdeka Labuan.

Pengarah MAQIS Labuan, Nazrul Azman Mat Rahim berkata, kontena yang diikrar sebanyak 400,000kg itu yang bernilai RM226,293.41 dibawa masuk tanpa permit MAQIS.

Menurutnya, kontena yang mengandungi konsainan Bentonite ini telah melalui pemeriksaan fizikal yang dijalankan Pegawai Penguat kuasa MAQIS, dengan kerjasama pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia. – Bernama