Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    20 maut akibat banjir kilat di timur Afghanistan

    KABUL, 21 OGOS – Hujan lebat mencetuskan banjir kilat di wilayah Logar, timur Afghanistan, membunuh kira-kira 20 orang dan memusnahkan lebih 3,000 buah rumah, menurut pegawai hari ini.

    Menurut pejabat gabenor wilayah, hujan yang melanda beberapa kawasan di wilayah itu semalam, turut mencederakan lebih 30 mangsa selain ada yang terkorban.

    Banjir turut memusnahkan puluhan terusan dan kira-kira 5,000 hektar tanah pertanian, terutama kebun, selain kira-kira 2,000 ternakan turut terkorban, menurut kenyataan itu lagi.

    Berpuluh-puluh rakyat Afghanistan maut setiap tahun akibat banjir dan hujan lebat, terutama di kawasan luar bandar yang miskin di mana pembinaan rumah tidak kukuh sering berisiko runtuh.

    Pasukan keselamatan dan pertubuhan kebajikan sedang memindahkan mangsa ke kawasan selamat selepas rumah mereka musnah, kata pihak berkuasa wilayah.

    Jurucakap kerajaan, Bilal Karimi, dalam satu kenyataan berasingan pula menggesa masyarakat antarabangsa untuk menyalurkan bantuan.

    “Kami dengan segera meminta masyarakat antarabangsa untuk berganding bahu bersama rakyat Afghanistan pada ketika genting ini dan berusaha membantu mangsa,” katanya.

    Jabatan Meteorologi negara itu meramalkan lebih banyak hujan lebat serta banjir dijangka merentasi 21 wilayah dalam tempoh beberapa hari akan datang.

    Bantuan asing dan skim bantuan bencana sudah dikurangkan secara mendadak sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...