Sunday, December 4, 2022
25.9 C
Brunei

-

20 maut akibat letupan di Pakistan

LAHORE, Pakistan, 24 Julai – Satu letupan membunuh kira-kira 20 orang dan mencederakan puluhan yang lain di pasar sayur yang sibuk di bandar Lahore, Pakistan hari ini, kata para pegawai, namun punca letupan masih belum jelas.

“Letupan itu kelihatannya seperti letupan nekad yang menyasarkan polis namun kami masih lagi memastikan punca letupan,” kata pesuruhjaya bandar, Abdullah Khan Sumbul.

Ujarnya kepada AFP bahawa kira-kira 20 orang telah terbunuh dan 35 lagi cedera.

Sementara itu seorang jurucakap bagi polis Lahore, Syed Hammad Shah, meletakkan jumlah korban kepada 25 orang dengan 40 lagi cedera.

Para pekerja penyelamat memindahkan mayat mangsa dari tapak letupan di Lahore pada 24 Julai. – AFP
Para pekerja penyelamat memindahkan mayat mangsa dari tapak letupan di Lahore pada 24 Julai. – AFP

Menteri Dalam Negeri, Chaudhry Nisar Ali Khan memberi amaran jumlahnya mungkin bertambah semasa sidang media yang diadakan selepas serangan itu.

Kebanyakan mangsa korban adalah para pegawai polis dan pejalan kaki, katanya.

“Masih belum dapat dipastikan jika ia adalah insiden keganasan atau letupan kemalangan,” tambah menteri dalam negeri.

Menteri undang-undang wilayah, Rana Sanaullah juga berkata keadaan letupan belum dapat disahkan, namun berkata ia kelihatannya telah menyasarkan pasar sayur yang dipenuhi dengan pembeli-belah. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -