Saturday, December 10, 2022
22 C
Brunei

-

20 maut bas mini terbalik

KAHERAH, 13 NOV – Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan enam cedera apabila bas mini yang dinaiki mereka terbalik di Delta Nil di utara Mesir, kata Kementerian Kesihatan.

Bas mini itu kemudian tergolek ke sebuah terusan di daerah Dakahlia. Pemandu bas adalah antara lapan orang yang cedera dalam kemalangan itu.

Pendakwa berkata polis telah menahan pemandu selepas ujian dadah awal mencadangkan dia telah memandu di bawah pengaruh dadah. Mereka berkata dia juga disyaki menggunakan telefon bimbit semasa kemalangan berlaku. – AFP

Anggota perkhidmatan keselamatan melihat dalam bas mini yang rosak selepas dikeluarkan dari terusan berikutan kemalangan di kampong al-Dayris di bandar Mansoura pada 12 November 2022. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -