Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 maut dalam kejadian bot karam

    LUCKNOW, India, 14 Sept – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh hari ini apabila sebuah bot yang sesak dengan pekerja tenggelam di sungai Yamuna di utara India, kata seorang pegawai.

    Dua puluh mayat telah pun ditemui, beritahu Dharam Pal Singh, majistret tambahan daerah Baghpat di negeri Uttar Pradesh, kepada AFP.

    “Nampaknya bot penuh dengan penumpang sehingga melebihi kapasiti,” kata beliau.

    “Kejadian berlaku pada awal pagi. Ia adalah bot yang disewa secara persendirian dan membawa kira-kira 50-55 orang,” kata Singh.

    Penduduk marah membantah di jalan raya di Baghpat, menuduh pentadbiran tidak memberikan bantuan dengan cepat kepada mangsa.

    Seorang wanita mendapatkan rawatan selepas bos yang dinaikinya karam di sungai Yamuna, India. – AFP

    “Mereka menggunakan mayat untuk menyekat jalan raya. Polis berada di tempat kejadian dan satu siasatan telahpun diarahkan,” beritahu Prashant Kumar, pegawai kanan polis kepada AFP.

    Agensi berita The Press Trust of India berkata bot tenggelam di aliran pertengahan dan kebanyakan mangsa adalah wanita.

    Kemalangan bot biasa berlaku di India, kebanyakannya disebabkan kapasiti berlebihan, penyelenggaraan lemah dan keselamatan yang longgar di feri.

    Sembilan belas orang terbunuh pada Januari apabila sebuah bot yang membawa pengunjung daripada pesta layang-layang tenggelam di sungai Gange di timur India.

    Kerajaan Uttar Pradesh, ditadbir oleh Parti Bharatiya Janata, mengumumkan pampasan berjumlah 200,000 rupee untuk setiap keluarga mangsa dalam kemalangan terbaru. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda