Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 Muslimah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    SERIA, 16 Jan – Hampir 20 orang dalam kalangan pelajar Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Zainab Kampung Lumut telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di masjid berkenaan kelmarin.

    Majlis tersebut merupakan julung kalinya diadakan bagi pelajar Kelas Bimbingan Muslimah masjid tersebut yang antara lain bertujuan menggalakkan kaum Muslimah supaya sentiasa mengikuti kegiatan keagamaan dan yang berkebajikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Fatihah ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin.

    Majlis tersebut yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang disusuli dengan bacaan surah-surah dan kemudiannya bacaan Tahtim dipimpin oleh tenaga pengajar kelas tersebut, Hajah Hamsiah binti Haji Mohd Hussain.

    Doa Khatam kemudiannya dibacakan oleh Dayangku Hajah Rohaya binti Pengiran Haji Damit sebelum diteruskan dengan laungan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Selamat.

    Tenaga pengajar kelas tersebut, Hajah Hamsiah memberitahu, majlis itu turut bertujuan supaya kaum Muslimah masjid itu sentiasa menghayati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T dan juga bagi menggalakkan lebih ramai lagi menyertai kelas bimbingan Muslimah serta untuk mengeratkan lagi ukhuwah silaturahim dalam kalangan mereka.

    Kalangan pelajar Kelas Bimbingan Muslimah yang menyertai Khatam Al-Quran diadakan di Masjid Zainab Kampung Lumut di sini.
    Kalangan pelajar Kelas Bimbingan Muslimah yang menyertai Khatam Al-Quran diadakan di Masjid Zainab Kampung Lumut di sini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda