20 orang pemberontak terkorban
FARAH, 7 Jan – Sekurang-kurangnya 20 orang pemberontak termasuk tiga orang pemerintah tempatan mereka terbunuh dan lapan lagi cedera semasa serangan udara yang dilancarkan oleh tentera udara Afghan di wilayah Farah, barat Afghanistan semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian pertahanan hari ini. “Tentera menyasarkan tapak persembunyian pemberontak di daerah Khak-e-Safid di wilayah Farah semalam,


































