BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Sekolah St Andrew sekali lagi telah mencatat keputusan yang baik dalam Peperiksaan GCE ‘O’ Level 2016 dengan 20 orang pelajarnya mendapat agregat 12 ke bawah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Yeo Yeo Chiew dari Kelas Ekspres mendahului yang lain dengan 9A*, diikuti rapat oleh Su Yee Shien dan Andrew Tiong Jia Siang dari Kelas Pure Science Normal dengan 7A* dan 2A2.
Daripada segi mata pelajaran, Bahasa Melayu dan Inggeris telah mencatatkan 100 peratus lulus dengan 90.65 peratus bagi kredit dalam Bahasa Inggeris dan 77.7 peratus bagi Bahasa Melayu.
Secara keseluruhannya, 111 orang daripada 139 orang pelajar sekolah berkenaan telah mendapat keputusan lulus 5 ‘O’ Level.