Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    20 pengganas bakal terima hukuman

    PARIS, 29 JUN – Mahkamah Perancis akan menjatuhkan hukuman hari ini terhadap 20 orang lelaki yang dituduh melaku serangan pengganas pada November 2015 di Paris, selepas perbicaraan maraton selama 10 bulan.

    Seramai 130 orang terbunuh pada malam 13 November 2015, apabila pejuang kumpulan Islamic State mengepung ibu negara Perancis, menyerang stadium sukan negara, bar dan dewan konsert Bataclan. Perbicaraan yang bermula pada 8 September 2021, merupakan yang terbesar dalam sejarah Perancis moden.

    Semua penyerang terbunuh selepas serangan itu kecuali Salah Abdeslam, yang ditangkap hidup-hidup oleh polis empat bulan kemudian. Abdeslam ialah suspek utama dalam kalangan 20 tertuduh dalam perbicaraan, enam daripadanya telah dibicarakan tanpa hadir. Jika sabit kesalahan, dia akan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

    Ketua kumpulan Life for Paris yang terselamat, Arthur Denouveaux, berkata bahawa selepas sembilan bulan yang melelahkan, orang ramai sudah bersedia untuk menutup kes tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...