Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 peserta ikuti kelas memasak

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Fizah HAB

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Sempena Pesta Makanan Malaysia 2017 yang sedang berlangsung di Restoran Anjung Saujana, Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas, di sini, Restoran Horizons Seafood telah mengendalikan kelas memasak.

    Kira-kira 20 orang peserta mengikuti kelas berkenaan yang dikendalikan oleh dua orang cef tempatan iaitu Cef Azhar dan Cef Liza. Para peserta terdiri daripada pelanggan yang menikmati hidangan di Restoran Anjung Saujana yang mendaftar semasa Pesta Makanan Malaysia yang telah berlangsung dari 8 Disember 2017 hingga 14 Januari 2018.

    Kelas memasak percuma yang ditaja oleh Royal Brunei Catering itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggannya kerana menikmati hidangan semasa pesta berkenaan diadakan. Antara hidangan yang didemonstrasikan adalah Mi Rebus dan Bubur Cha Cha yang digabungkan bersama-sama untuk memberikan demonstrasi yang berguna dan informatif kepada para peserta.

    Para pelanggan juga diberi peluang untuk merasa makanan yang didemontrasikan di akhir kelas manakala itu, makanan ringan juga disediakan untuk para peserta.

    Cef Azhar dan Cef Liza ketika memberi tunjuk ajar cara masakan kepada para peserta.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda