Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    20 tenaga pengajar vokasional terima sijil

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Seramai 20 orang tenaga pengajar vokasional dari beberapa buah sekolah Institut Pendidikan Tek-nikal Brunei (IBTE) telah menamatkan latihan mengenai Conducting an Impact Evaluation of Education and Training Programmes, hari ini.

    Para peserta telah menerima sijil penyertaan dari Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH pada majlis penutup yang diadakan di Sekolah Penerbangan IBTE, Berakas.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Akademik, Awang Norjemee bin Jenek juga selaku Timbalan Pengarah SEAMEO VOCTECH.

    Turut hadir ialah fasilitator kursus program latihan, Dr Paryono bersama peserta dan pegawai dari kedua-dua institusi tersebut.

    Sepanjang latihan selama empat hari itu, para peserta belajar bagaimana untuk menentukan sama ada intervensi atau projek yang akan dilaksanakan akan mempunyai impak atau jika projek yang dilaksanakan mempunyai sebarang kesan kepada yang disasarkan oleh penerima dan mencapai objektif.

    Pada penghujung program latihan, para peserta telah menghasilkan sendiri pelan tindakan yang mengandungi bukti atur susun pembelajaran mereka dan pada tugas khusus dengan pengetahuan dan kemahiran baharu mereka.

    Awang Norjemee bergambar ramai bersama peserta pada majlis yang berlangsung di Sekolah Penerbangan IBTE, Berakas. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH
    Awang Norjemee menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta pada majlis yang berlangsung di Sekolah Penerbangan IBTE, Berakas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...