Thursday, December 1, 2022
23 C
Brunei

-

20 terbunuh van terhumban dalam parit

ISLAMABAD, 18 NOV –  Seramai 20 terbunuh dan 13 lagi cedera apabila sebuah van penumpang terhumban ke dalam parit di kawasan Sehwan di wilayah Sindh di selatan Pakistan, menurut laporan tempatan pada Jumaat.

Pihak berkuasa membina beberapa parit dua bulan lalu untuk mengalirkan air banjir, lapor Xinhua.

Van itu dilaporkan terhumban ke dalam satu daripada parit berkenaan.

Lebuh raya itu masih ditutup akibat banjir dan baru-baru ini dibuka kepada lalu lintas selepas air banjir mula surut.

Polis berkata bahagian lebuh raya di lokasi kemalangan itu berlaku merupakan jalan terhad dan terdapat lencongan yang mungkin tidak disedari pemandu kerana memandu terlalu laju.

Mereka yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak dan dihantar ke hospital berhampiran, sebahagiannya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa yang maut dan cedera adalah saudara-mara yang dalam perjalanan ke sebuah kuil di Sehwan. – Bernama

Seorang polis berdiri berhampiran van yang kemalangan di wilayah Sindh, Pakistan, 18 November. Seramai 20 terbunuh dalam kemalangan itu. –AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China lancar kapal angkasa Shenzhou-15

BEIJING, 30 NOV – China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-15 semalam, yang membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa lepasnya bagi melengkapkan penghantaran pertama kru China...
- Advertisment -