Saturday, November 2, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 terkorban dalam kejadian banjir, tanah runtuh

    INDIA, 7 OKT – Arus deras yang mengalir ke hilir dari Himalaya telah membunuh kira-kira 15 orang di India dan lima lagi di Bangladesh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh, kata pegawai bencana kerajaan, hari ini.

    Ia merupakan susulan banjir dahsyat di Nepal bulan ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 225 orang, dengan paras air yang meningkat telah menjejaskan sungai di India dan Bangladesh.

    Banjir maut dan tanah runtuh adalah sering terjadi di seluruh Asia Selatan semasa musim tengkujuh dari Jun hingga September tetapi pakar berkata perubahan iklim telah memburukkan lagi keadaan.

    Di negeri Meghalaya di timur laut India, banjir dan tanah runtuh akibat hujan tanpa henti telah menyebabkan kemusnahan, kata pejabat ketua menteri.

    “Kami berasa dukacita jumlah kematian akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah Garo Hills telah meningkat kepada 15 orang,” katanya dalam satu kenyataan, di mana ia direkodkan sejak Jumaat lalu.

    Mereka yang terkorban termasuk seorang guru dan anaknya, yang lemas apabila banjir menghanyutkan kereta mereka.

    Sementara di negara jiran Bangladesh, sebuah negara rendah dengan kawasan besar terdiri daripada delta telah mengakibatkan lima orang terbunuh sejak Sabtu lalu, kata kementerian pengurusan bencana.

    Sekurang-kurangnya 20,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, tambahnya, akan tetapi paras air telah mula surut. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda